Taqeyyabella
July 19th, 2007 by nie-akupunyaKengkawanku yang budiman, dengan segala kerendahan hati ingin daku jemput semua untuk menziarahi blogku di alamat
Semoga bermafaat…
Hijrah…
January 23rd, 2007 by nie-akupunyaHijrah
berasal dari kata arab yang berasal dari kata hajara yang berarti
meninggalkan tempat tinggal, dan ia banyak digunakan untuk perpindahan
dari pendalam ke pekan atau dari kampung ke bandar. Istilah ini lalu
digunakan dalam Islam kepada mereka yang telah meninggalkan tempat yang
penuh dengan kekufuran ke tempat tinggal baru yang diterangi cahaya
kebenaran Islam dan juga digunakan bagi mereka yang meniggalkan maksiat
kerana malu kepada Allah SWT.
Peristiwa
perjalanan Nabi Muhammad SAW meninggalkan kota Mekah dan berpindah ke
Madinah setelah tiga belas tahun berada di Mekah dikenal sebagai
peristiwa Hijrah. Dari sinilah kemudiannya menjadi permulaan taqwim
atau kalender Islam yang baru. Sebahagian ada yang mengatakan bahwa
peristiwa hijrah telah diatur dan ditetapkan sedemikian rupa sehingga
betul-betul menjadi sebuah tanda kebangkitan yang tidak dilupakan.
Kini, hijrah menjadi sebuah peringatan penting yang dimanfaatkan umat
islam untuk mengadakan program-program yang bermanfaat yang dapat
meningkatkan kecintaan kepada agama.
![]()
PENGAJARAN DARI PERISTIWA HIJRAH
a. Sebelum Hijrah
Sebelum diperintahkan hijrah, keadaan umat islam di Mekah amatlah teruk
siksaan fizikal dan mental adalah hal yang biasa yang diterima oleh
umat Islam. Kisah Bilal dengan tuannya adalah salah satu kisah yang
selalu kita dengar. Penghinaan yang dilakukan kepada Nabi Muhammad SAW
sangatlah dahsyat. Nabi pernah dilempari najis unta, kepala baginda
pernah dipijak ketika sujud bahkan ada yang mengatakan bahwa baginda
SAW pernah dicekik. Peristiwa di Taif sangat dahsyat bahkan malaikat
menawarkan diri untuk membalas mereka namun Rasulullah tetap sabar dan
mendoakan umatnya.
Pelbagai
ujian dan cabaran yang dilalui umat Islam ketika itu adalah tidak lain
merupakan latihan yang disediakan untuk melahirkan golongan muslimin
yang qualiti keimanan mereka ditahap yang tertinggi kerana merekalah
yang akan membantu Rasulullah SAW untuk menyebarkan risalah Islam. –
Qualiti keimanan
Setelah
Rasulullah SAW telah memiliki barisan pengikut yang berqualiti, baginda
SAW mula munyusun strategi, gerakan dakwah underground ketika musim
haji dilaksanakan sehingga berjaya mengislamkan beberapa orang ahli
yasrib. Langkah susulan diatur dengan mengirim duta pertama Baginda SAW
Mus’ab bin Umair. Mus’ab bin Umairlah yang paling berjasa menyiapkan
pasak-pasak yang diperlukan di yasrib.
b. Ketika Hijrah
Perjalanan meninggalkan kota Mekah ternyata bukanlah suatu hal yang
mudah, kaum musyrikin yang sudah mulai menghidu pergerakan umat Islam
turut mengambil langkah waspada, sekali lagi perancangan yang teliti
membantu kelancaran agenda besar baginda SAW, Ali R.A dipilih untuk
tidur di tempat baginda SAW, gua hira menjadi tempat persembunyian,
Asma mengirimkan bekalan makanan, jejak kakinya ditutup oleh gembalaan
kambing, dan sekian lagi rentetan perjalanan beliau yang penuh dugaan
dan cabaran.
Timbul
persoalan “Mengapa Allah SWT tidak membantu hijrah baginda SAW
sebagaimana Allah SWT menjemput baginda ke ‘ArshNya dalam perjalanan
baginda SAW dari Mekah ke BaitulMaqdis lalu ke langit dengan menunggang
buraq? Mengapa Rasulullah SAW harus menghadapi segala kesulitan dan
kesusahan?” Disinilah peran baginda SAW sebagai qudwah hasanah bagi
kita. Baginda mengorbankan segala-galanya demi Allah SWT. Baginda
menghadapi ujian yang dahsyat, namun baginda tetap sabar dan tabah
untuk meneruskan tanggungjawabnya menyebarkan Islam. Dengan qudwah
hasanah ini kita tidak lagi beralasan untuk mengeluh dalam menjalankan
tugas sebagai seorang muslim.
c. Setelah Hijrah
Kejayaan demi kejayaan mula dikecapi umat Islam. Nilai-nilai kehidupan
mulai diterapkan. Tatacara kehidupan bermasyarakat dipusatkan dengan
berdirinya masjid. Kehidupan teratur, sistematik, aman, dan makmur mula
dirasakan, tentunya dengan usaha gigih kerana musuh tidak akan
meninggalkan lawannya menang tanpa bertarung. Kekuatan umat Islam yang
dibentuk dibawah bimbingan Rasulullah SAW mempermudahkan lagi
tersebarnya Islam ke penjuru dunia.
Rasulullah SAW adalah seorang pemimpin, komandan perang, imam, juga
merupakan seorang buruh. Peristiwa khandaq cukup bagi kita untuk
melihat qudwah yang baginda SAW tunjukkan. Beliau memulakan dengan
mengadakan mesyuarat bersama para sahabat, ini menunjukkan wibawa
seorang pemimpin yang berwawasan luas. Beliau mengetatkan disiplin
dengan memerintahkan permintaan izin bagi yang ingin meninggalkan tapak
projek sisi seorang komandan perang. Beliau turun ke tapak projek dan
turut menghayunkan tukul untuk memecahkan batu-batu besar cermin
seorang buruh. Ketika para sahabat ingin mengeluh kelaparan sambil
berkata “Wahai Rasulullah SAW ketahuilah kami sekarang dalam keadaan
lapar dan kami telah mengikat perut kami dengan sebuah batu” lantas
Baginda SAW mengangkat bajunya dan para sahabat mendapati bahwa
Rasulullah SAW mengikat perut baginda dengan dua ketul batu. Ketika
baginda SAW diajak untuk menikmati hidangan ala kadar oleh seorang
dermawan beliau tidak sanggup menikmati kenyang sedang para umatnya
yang lain kelaparan. Datanglah baginda menghadiri jemputan dengan
seluruh tentera-tentera muslimin.
![]()
TINDAKAN
Semua contoh yang telah kita dapati dari Rasulullah SAW adalah sempurna
untuk kita jalani hidup ini sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.
Umumnya kita mengetahui suatu hal, namun kita belum menterjemahkannya
ke dalam suatu tindakan kerana kelemahan iman pada diri kita. Keyakinan
yang tak maksimal menipiskan lagi kepercayaan kita. Kenikmatan duniawi
yang sebentar membuai kita sehingga kita lupa akan hakikat sebuah kekal
yang abadi. Keluarlah dari gelap keraguan, Langkahlah ke cahaya
keyakinan. Lakukanlah yang sedikit yang kita tahu adalah jauh lebih
baik daripada kita mengetahui banyak hal yang tidak kita lakukan. Iman
tidak hanya dengan lidah (lafaz) namun dengan hati (kepercayaan) dan
anggota tubuh(perbuatan).
UJIAN…BERSABARLAH
December 24th, 2006 by nie-akupunyaUjian… Mengangkat Derajat
"Bil limtihani yukramul maru au yuhan" Dengan peperiksaan seseorang itu dimuliakan atau dihina. Sudah menjadi sunnatullah dan adat dalam kehidupan bahwa untuk melangkah ke tahap atau derajat yang lebih tinggi hendaklah seseorang itu menempuh ujian atau peperiksaan yang telah ditetapkan sehingga dengan hasil dan pencapaian dari ujian dan peperiksaan tersebutlah seseorang tu diberi penghargaan, penghormatan, dan maqam selayaknya.
Ada beberapa hal yang perlu seseorang itu perhatikan antaranya adalah peperiksaan yang dicipta oleh manusia biasanya telah kita ketahui, sebagai contoh ketika kita hendak lulus ke tingkat yang lebih tinggi di jenjang pendidikan maka pihak universiti akan terlebih dahulu memberi makluman bila peperiksaan akan dilaksanakan. Dengan demikian seorang pelajar dapat mengagak dan menyusun jadwal hingga peperiksaan tersebut dapat dijalani dengan penuh persiapan. Bahkan seandainya seseorang itu tidak bersedia sekali pun dia masih dapat memikirkan jalan alternatif seperti menulis jawapan di lengan hanya untuk melepasi satu peperiksaan. Berbeza dengan ujian yang direncanakan oleh yang Maha Kuasa, ianya hadir bila-bila masa, tanpa jadwal atau makluman awal, tanpa berita atau tanda-tanda, hadirnya seketika. Ujian yang telah termaktub di lauhin mahfudz adalah sebenar-benar ujian yang terselamat dari kecurangan, terpeliharan dari ketidak adilan,bersih dan murni. Ujian yang seperti ini benar-benar akan mengangkat atau menurunkan derajat seseorang di hadapan Allas SWT.
Ketika seseorang menghadapi ujian atau peperiksaan maka dia perlu memperhatikan keadaan dirinya sebelum,ketika dan setelah ujian itu. Hasil dari suatu ujian dan peperiksaan itu akan dinilai tidak hanya pada keputusan akhir, namun lebih meluas kepada sikap kita untuk menghadapi ujian, keadaan kita ketika proses berjalannya ujian dan berubahan yang terjadi kepada kita setelah ujian tersebut itu dijalankan. Banyak fenomena yang terjadi dialam persekolahan apabila seseorang menulis nota di lengannya dengan alasan dia tidak sempat menghafalnya dan seandainya dia gagal maka akan menjadi masalah besar baginya lalu dia memilih untuk melakukan ikhtiyarula akhir dengan meniru. Ketika si pelajar ini lulus, kita tidak akan melihat ada sebuah kegembiraan atau kebanggaan yang perlu di syukuri oleh pelajar tersebut. Bahkan apa yang kita lihat adalah sebuah penipuan terhadap diri sendiri. 
Semalam adalah hari kelam bagi saudaraku Zaenal Arifin. Hari dia diuji oleh yang Maha Esa. Ketika dia berjuang menuntut ilmu di Mesir, ayahandanya dipanggil yang Maha Pencipta untuk meninggalkan kampung bercucuk tanam, menuju ke kampung penantian sebelum nantinya ke kampung pengambilan hasil tanaman. Ingatlah tatkala kau bersedih masih ada yang bersamamu. Yakinlah pada janji tuhanmu. Masih belum putus kesempatan bagimu untuk berbakti kepada ayahandamu. Aku teringat syair-syair Sayyid Qutub : "Seandainya kau tangisi kematian ku, dan kau sirami pusaraku dengan air matamu, maka diatas tulang-tulang ku yang hancur luluh,nyalakanlah obar buat umat ini, teruskanlah perjalanan kegerbang jaya, biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya, janganlah gentar berkelana di alam abadi nun disana fajar jelas memancar"
Akhir sekali marilah kita ingat kembali sebuah kisah ketika Ali RA datang ke kubur dan duduk disana lalu beliau mulakan perbualannya dengan para ahli kubur dengan berkata : Assalamu’alaikum wahai ahli kubur… Aku ingin sampaikan kabar dari dunia, ketahuilah bahwa sekarang ini isteri-isteri kamu yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin lagi, anak-anak mu yang kamu tinggalkan sekarang sudah besar, harta-harta mu yang dulu kamu cari dengan susah payah telah mereka bagikan dan mereka sekarang hidup dalam kehidupan dunia, kehidupan dunia yang penuh dengan keindahan sementara yang selalu membuatkan manusia lupa. Sekarang kabarkanlah kepada ku kabar dari kubur? Beliau diam sebentar lalu berkata… Aku tahu, kalau seandainya kalian bisa berbicara pasti akan kalian katakan padaku "fatazawwadu fa inna khairuzzadi ttaqwa" kehidupan dunia penuh dengan tipu daya, maka berbekallah untuk kehidupan yang hakiki dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.
Safir tajid ‘iwadhan ‘amman tufariquhu fanshob fiinna lazizal ‘aisy binnashobi….
PERGI HAJI MENUJU ALLAH
December 22nd, 2006 by nie-akupunyaHari ni khutbah yang aku dengar kat Masjid Assalam agak berbeza dengan khatib-khatib yang biasanya ditugaskan untuk berkhutbah di masjid terbesar kawasan Asyir Madinat Nasr. Biasanya khatib-khatib yang ditugaskan di Masjid Assalam banyak dari kalangan muda, yang selalu menyampaikan khutbah mereka dengan penuh semangat, namun khatib yang dikenal dengan Syeikh Anwarul Imam ini menyampaikan khutbahnya dengan agak tenang namun penuh wibawa, bahasanya yang sangat indah, dihasi dengan pemilihan kata-kata yang sesuai ma’nan wa lafzan, suku kata terakhir dalam setiap potongan ayat selalunya seirama, juga diperindah lagi dengan bait-bait syair yang disampaikan dengan intonasi yang menarik. Aku sangat menyesal kerana aku biasanya membawa bersama mp3 untuk mengabadikan apa yang aku dengar dan untuk kuperdengarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin. Aku bukannya terlupa bahkan sebelum aku melangkah sudah terdetik dilubuk harti untuk membawa bersama mp3 ku itu namun aku mengabaikannya mengingat masa yang agak sempit. Aku berusaha untuk menulis sedikit isi dari apa yang aku dapatkan dari Khtubah jumaat hari ini semoga ia menjadi khazanah ilmu peribadi buat diriku dan menjadi amal jariyah bagi mereka yang membacanya. Amin.
HAJI, PERJALANAN MENUJU ALLAH
Dikisahkan seorang pemuda ingin meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan untuk pergi menunaikan ibadah haji. Ketika seluruh rombongan yang akan pergi haji berkumpul di depan rumah pemuda ini dengan segala bekalan dan tunggangan untuk seterusnya memulakan perjalanan menuju ke Makkah al mukarramah, datanglah si anak dan si isteri tercinta kepada suaminya lalu berkata, berapa lamakah kamu akan meninggalkan kami, pemuda-pemuda yang lain yang mendengarkan ucapan itu segera menjawab ada yang pergi selama setahun, ada pula yang pergi selama bertahun-tahun dan ada pula yang pergi untuk selama-lamanya. Mendengar jawaban yang demikian si anak dan isterinya terus menangis teresak-esak lalu berkata siapakah yang akan memberi makan kepada kami, siapa yang akan menjaga kami, siapa yang akan melindungi kami. Serentak mereka menjawab Allah swt. Aku titipkan kalian kepada Allah SWT. Dialah yang akan memberi kalian makan, Dialah yang akan menjaga kalian dan Dia jugalah yang akan melindungi kalian. Lalu anaknya, orang yang selalu makan bersama-sama kita akan pergi namun Zat yang memberi rezeki itu tidak akan pernah berhenti memberi rezekinya. Setelah mendengar ucapan itu si isteri akhirnya merelakan pemergian suaminya. Apabila mereka telah selesai minum ketua rombongan itu berkata sambil memegang bekas air yang telah kosong sambil berkata. "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Rasulnya tinggalkan lah hartanya untuk keluarga ini" Lalu mereka pun mengisi bekas air tersebut sehingga penuh lalu diberikan kepada si isteri tadi. Melihat itu si isteri terus menangis dengan lebih teruk dan berkata hamba-hamba Allah melihat keadaan ku lalu timbul pada mereka perasaan kesian dan menghadiahkanku harta yang begitu banyak lalu bagaimana seandainya Allah SWT pencipta langit dan bumi, pemilik segala yang ada di alam ini, maha pengasih lagi maha penyayang, tentunya dia akan memberikan lebih banyak dibanding yang telah kalian berikan. Subhanallah…
BERTAWAF MENGAGUNGKAN KEBESARAN ALLAH
Dikisahkan seorang Arab badwi yang datang bertawaf di ka’bah, ketika dia sedang mengeliling ka’bah dia berkata Ya Karim… Ya Karim… Ya Karim… Rasulullah yang mendengarkan ucapan pemuda itu pun mengikuti pemuda itu dengan berkata "Yakhafu minka Ya Karim..(Dia takut padaMu Wahai yang Maha Mulia) " berulang-ulang. Pemuda yang merasa seakan-akan dia dipermainkan itu pun pergi menuju Rasulullah dan berkata "Seandainya bukan kerana keindahan dan pancaran wajahmu sungguh aku akan melaporkan hal ini kepada Nabi Muhammad SAW!!!" lalu meninggalkan Rasulullah dengan tergesa-gesa. Rasulullah SAW terus mengejar pemuda itu lalu bertanya, "Tidakkah kamu mengenal Nabimu, tidak pernahkah kamu bertemu dengannya lalu bagaimana aku beriman kepadanya?" "Aku beriman kepadanya walaupun aku belum pernah bertemu dengannya. Nabi lalu tersenyum dan berkata Akulah nabimu di dunia dan pemberi syafaat padamu kelak di syurga.
bersambung…
Masjid, Masih berfungsikah ia?
December 7th, 2006 by nie-akupunyaAzan berkumandang memanggil semua umat Islam untuk mengerjakan solat berjamaah di Masjid, namun yang kita lihat hanya sejumlah kecil sahaja yang menghadirkan diri untuk berjamaah. Persoalannya mengapa? Tidakkah kita risau jika suatu hari nanti akan ada segelintir manusia yang akan berkata "Mengapa azan dibenarkan berkumandang, ia akan mengganggu manusia, ia juga tidak lagi bermanfaat karena ketika azan berkumandang umat islam seakan tidak kisah dan dengan senang hati meneruskan aktiviti mereka tanpa menghiraukan laungan yang menandakan masuknya waktu solat ?" Perkara ini sangat perlu diselesaikan dengan segera, namun aku tidak melihat sedikit pun kerisauan umat islam terhadap masalah ini. Bahkan golongan "agamawan" juga sepertinya tidak berminat untuk menterjemahkkannya kedalam sebuah "hamlah ‘amali" atau act of action tentang perkara ini. Apakah urusan duniawi jauh lebih utama dimata kita saat ini daripada membicarakan hal yang remeh seperti berjemaah? Alangkah baiknya kalau kita dapat melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW menjadikan masjid segala-galanya bagi umatnya. Dari sebuah masjidlah berdirinya sebuah kerajaan terbesar dunia yang tubuh secepat kilat di dalam sejarah dunia. Secara fizikal tidak dapat kita mungkiri masjid kini begitu mewah namun……
Kubah Masjid Abul Abbas Al-Mursy, Iskandariyyah Mesir
Penulis ingin mengajak teman-teman membaca sebuah kisah ringkas dibawah ini semoga bermanfaat selamat membaca….
Ada
seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Ummi maktum, beliau merupakan
sahabat yang diabadikan kisahnya di dalam surah ‘abasa, merupakan
seorang yang buta.
Pada suatu hari datanglah Abdullah berjumpa
dengan Rasulullah saw. setelah ditinggalkan oleh orang yang menemaninya menuju ke masjid untuk mendapatkan keringanan supaya tidak
menyertai jemaah kerana dia merupakan seorang yang buta. namun Rasulullah
balik bertanya kepadanya apakah kamu mendengar azan? kerana dia
mendengar azan maka rasulullah tidak melihat sebarang keuzuran yang
menyebabkan dia mendapat layanan istimewa tersebut walaupun dia merupakan seorang yang buta. Maka keluarlah Abdullah Bin Ummi Maktum menuju ke masjid pada pagi hari berikutnya. Ditengah-tengah
perjalanan dia tersandung batu dan terjatuh sehingga menyebabkan
kepalanya luka dan darah mengalir ke wajahnya. Dia lalu bangkit berdiri
sambil melap darah yang mengalir dan kembali berjalan menuju masjid,
kemudian datang lah seseorang yang tidak dikenali dan bertanya :
"Pakcik, anda hendak pergi ke mana?" dia lalu menjawab " Ke masjid."
lelaki tadi terus menawarkan diri untuk menghantarnya ke masjid dan
juga menghantarnya kembali ke rumah. Mulai hari itu mereka
berdua pergi bersama-sama ke masjid hinggalah pada suatu hari
Abdullah merasa gembira dan ingin mengetahui siapakah pemuda yang
baik hati yang rela menemaninya selama ini, maka bertanyalah Abdullah
siapakah anda wahai pemuda? pemuda itu menjawab, apa yang kamu inginkan
dari nama saya? Abdullah menjawab aku ingin mendoakan balasan yang baik
kepada mu. Pemuda itu menjawab : " Anda tidak perlu mendoakan saya,
tidak perlu mengetahui keinginan saya dan tidak perlu mengetahui nama
saya." Abdullah menjawab "Demi Allah aku tidak akan berteman dengan
mu sehingga aku mengetahui siapakah dirimu dan mengapa engkau
berkhidmat kepada ku?" pemuda itu menjawab kerana anda telah
bersumpah sedemikian rupa maka akan aku kabarkan siapakah aku
sebenarnya. Aku adalah Iblis. Abdullah terkejut dan berkata :
"Bagaimana anda membantu aku ke masjid sedangkan tugas mu adalah
menyesatkan manusia terutama menghalang mereka dari mendirikan solat?"
Iblis menjawab : " Ingat lagikah kamu saat kamu terjatuh dan kepalamu
berdarah, "ya, aku ingat." jawab Abdullah. Ketika itu aku mendengar
pada saat itu juga malaikat berkata sesungguhnya Allah telah
mengampunkan setengah dari dosa yang telah engkau kerjakan maka aku
sangat risau seandainya engkau terjatuh sekali lagi dan menyebabkan
setengah lagi dosamu terhapus, itulah sebabnya aku membantumu pergi dan
pulang.
Seminar Ketamaddunan Islam Dan Cabaran Mahasiswa
November 8th, 2006 by nie-akupunyaPendahuluan
Kemerosotan
Umat Islam merupakan isu yang sering diperkatakan. Kemerosotan ini
menjadi parah di sekitar abad ke-18 dan ke-19 ketika negara-negara
masih dijajah. Umat Islam rata-ratanya mengalami kebekuan pemikiran dan
kemelesetan kerohanian (spiritual deficit). Kemunduran ini dikatakan
bermula dari rentetan jatuhnya Baghdad ke tangan Mongol pada tahun
1258. Beberapa pandangan dan pendapat telah diutarakan bagi mengenal
pasti faktor-faktor yang membawa kepada kelemahan umat Islam dan cara
penyelesaiannya.
Antaranya
ialah kefahaman yang salah (misunderstanding) terhadapa Islam serta
amalan umat Islam yang jauh terpesong dari ajaran yang sebenar.
Pergerakan umat Islam telah dikepung secara fizikal dan intelektual,
lalu disergah dan dilelahkan dengan pelbagai persoalan dan polemic
semasa seperti hak asasi manusia, demokrasi, kebebasan, system
pemerintahan dan wanita. Berlatarbelakangkan scenario inilah maka
seminar ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman para
mahasiswa Islam sebagai satu alternative kepada kemelut dunia sejagat.
Objektif
- Mengisi dan memberi pengarahan dan
bimbingan dari aspek pembangunan Islam sebagai penyediaan melahirkan
golongan ulamak dan sarjana yang berwibawa. - Mengadakan jaringan dan kerjasama yang erta daripada pertubuhan dan persatuan mahasiswa Malaysia dan ASEAN di Mesir.
- Mengadakan pelan bertindak dan strategi untuk pembangunan Islam dalam memimpin tamadun pada abad yang yang mendatang.
- Melahirkan
golongan pelajar-belia yang mempunyai syakhsiah dan jati diri yang
tinggi, daya kepimpinan yang berwibawa agar mereka terus dipandang
tinggi oleh masyarakat. - Meneliti cabaran-cabaran ketamadunan dalam dunia semasa dan jalan penyelesaiannya menurut perspektif Islam.
- Membina
strategi dan agenda tindakan demi mempersiapkan umat Islam sebagai
pendiri tamadun dan alternative kepada kemelut dunia semasa.
Salam aidil fitri
October 25th, 2006 by nie-akupunyaAugust 21st, 2006 by nie-akupunya
Hari Palestin Sedunia
Gambar yang anda lihat diatas adalah bukti permusuhan yang ditanamkan Regim Zionis ke dalam sanubari rakyat Israel. Dengan gembira si kecil yang cantik mengukir tanda tangan di atas bom yang akan di kirim untuk menghancurkan umat Islam.
Kekuatan Zionis tercabar tatkala gagal melumpuhkan tentera Hizbullah walaupun mereka telah berusaha berperang dalam tempoh yang lama. Sejarah telah memberi tahu kita bahwa peperangan kali ini merupakan yang terpanjang yaitu selama 30 hari. Zionis terpaksa berundur dan rela atas kerugian yang besar yang mereka alami. Ketakutan mereka tidak dapat lagi di sembunyikan. Seandainya peperangan itu diteruskan, dan tentera zionis laknatullah enggan mundur, dijangkakan akan mengakibatkan kebangkitan umat islam diserata dunia terutama dinegara-negara arab. Mereka (Zionis) mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin negara jiran (Mesir, Jordan, dan Syiria) yang mana sokongan itu berupa tiadanya penentangan terhadap Israel, namun Zionis khawatir peperangan lubnan dapat membakar semangat rakyat dinegara-negara tersebut yang akan mencetuskan reformasi menggulingkan pemerintah negara mereka dan mara berhadapan dengan tentera Zionis demi membebaskan Palestin.
Aku sebagai seorang yang hina, lemah tak berdaya menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan mengecam tindakan Israel laknatullah. Turut menyeru untuk bersama menanamkan semangat perjuangan menentang Zionis. Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan karena aku percaya dengan keduanya kita akan cintakan Akhirat yang abadi, benci akan Duniawi yang fana, rindu hadirnya malaikat maut menyambut dengan huluran tangan bersahabat penuh gembira….
Labbaika ya Quds bi Quwwatina…
Labbaika ya Quds bi Amwalina…
Labbaika ya Quds bi Du’aina…
Labbaika ya Quds bi Dimaina…
Labbaika ya Quds bi Arwahina…
Intazirini…. ya Quds…
August 10th, 2006 by nie-akupunya
Sebuah sajak yang kutulis dalam bahasa arab, ia bertajuk…
"DA’WATUN ILAL HARB" "SERUAN KE MEDAN PERANG"
Ke manakah kalian wahai muslimun,
Apakah kamu redha dengan perbuatan kaum musyrikun,
Kemudian kamu duduk di rumah sambil menyaksikan,
Bagaimana bisa kamu makan sedang saudaramu kelaparan,
Bagaimana bisa hatimu tenang sedang saudaramu dibunuh,
Kemana hilangnya airmatamu wahai umat Islam,
Tidakkah kamu mendengar sabda baginda SAW:
Perumpamaan orang yang beriman didalam persaudaraan dan persahabatan serta kasih sayang adalah umpama sebuah badan yang jika salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh menderita kesakitan.
Bangkitlah wahai umat islam,
Buat Palestin apa yang kamu sumbangkan,
Mereka menanti tangan-tangan kalian ketika dihulurkan,
Maka berjuanglah di jalan Allah wahai umat islam…
Dengan tenaga yang kamu salurkan,
Harta yang kamu infaqkan,
Doa yang kamu panjatkan,
Allah SWT tidak akan mengingkari janjinya,
Dia akan mengkabulkan permintaan hambanya ketika meminta,
Sabar dan Ikhlas dua syarat yang diminta,
Jika keduanya sempurna maka tiada alasan bagiNya melainkan memperkenankanya
Sajak ini telah diperdengarkan di High-tea JIM Hululangat 29 Julai 2006 dan InsyaAllah akan diperdengarkan sekali lagi di Seremban pada 20 Ogos 2006



