Archive for December, 2006

UJIAN…BERSABARLAH

Sunday, December 24th, 2006

        Ujian… Mengangkat Derajat

 

"Bil limtihani yukramul maru au yuhan" Dengan peperiksaan seseorang itu dimuliakan atau dihina. Sudah menjadi sunnatullah dan adat dalam kehidupan bahwa untuk melangkah ke tahap atau derajat yang lebih tinggi hendaklah seseorang itu menempuh ujian atau peperiksaan yang telah ditetapkan sehingga dengan hasil dan pencapaian dari ujian dan peperiksaan tersebutlah seseorang tu diberi penghargaan, penghormatan, dan maqam selayaknya.

       Ada beberapa hal yang perlu seseorang itu perhatikan antaranya adalah peperiksaan yang dicipta oleh manusia biasanya telah kita ketahui, sebagai contoh ketika kita hendak lulus ke tingkat yang lebih tinggi di jenjang pendidikan maka pihak universiti akan terlebih dahulu memberi makluman bila peperiksaan akan dilaksanakan. Dengan demikian seorang pelajar dapat mengagak dan menyusun jadwal hingga peperiksaan tersebut dapat dijalani dengan penuh persiapan. Bahkan seandainya seseorang itu tidak bersedia sekali pun dia masih dapat memikirkan jalan alternatif seperti menulis jawapan di lengan hanya untuk melepasi satu peperiksaan. Berbeza dengan ujian yang direncanakan oleh yang Maha Kuasa, ianya hadir bila-bila masa, tanpa jadwal atau makluman awal, tanpa berita atau tanda-tanda, hadirnya seketika. Ujian yang telah termaktub di lauhin mahfudz adalah sebenar-benar ujian yang terselamat dari kecurangan, terpeliharan dari ketidak adilan,bersih dan murni. Ujian yang seperti ini benar-benar akan mengangkat atau menurunkan derajat seseorang di hadapan Allas SWT.

       Ketika seseorang menghadapi ujian atau peperiksaan maka dia perlu memperhatikan keadaan dirinya sebelum,ketika dan setelah ujian itu. Hasil dari suatu ujian dan peperiksaan itu akan dinilai tidak hanya pada keputusan akhir, namun lebih meluas kepada sikap kita untuk menghadapi ujian, keadaan kita ketika proses berjalannya ujian dan berubahan yang terjadi kepada kita setelah ujian tersebut itu dijalankan. Banyak fenomena yang terjadi dialam persekolahan apabila seseorang menulis nota di lengannya dengan alasan dia tidak sempat menghafalnya dan seandainya dia gagal maka akan menjadi masalah besar baginya lalu dia memilih untuk melakukan ikhtiyarula akhir dengan meniru. Ketika si pelajar ini lulus, kita tidak  akan melihat ada sebuah kegembiraan atau kebanggaan yang perlu di syukuri oleh pelajar tersebut. Bahkan apa yang kita lihat adalah sebuah penipuan terhadap diri sendiri.
Img_1083
        Semalam adalah hari kelam bagi saudaraku Zaenal Arifin. Hari dia diuji oleh yang Maha Esa. Ketika dia berjuang menuntut ilmu di Mesir, ayahandanya dipanggil yang Maha Pencipta untuk meninggalkan kampung bercucuk tanam, menuju ke kampung penantian sebelum nantinya ke kampung pengambilan hasil tanaman. Ingatlah tatkala kau bersedih masih ada yang bersamamu. Yakinlah pada janji tuhanmu. Masih belum putus kesempatan bagimu untuk berbakti kepada ayahandamu. Aku teringat syair-syair Sayyid Qutub : "Seandainya kau tangisi kematian ku, dan kau sirami pusaraku dengan air matamu, maka diatas tulang-tulang ku yang hancur luluh,nyalakanlah obar buat umat ini, teruskanlah perjalanan kegerbang jaya, biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya, janganlah gentar berkelana di alam abadi nun disana fajar jelas memancar"

       Akhir sekali marilah kita ingat kembali sebuah kisah ketika Ali RA datang ke kubur dan duduk disana lalu beliau mulakan perbualannya dengan para ahli kubur dengan berkata : Assalamu’alaikum wahai ahli kubur… Aku ingin sampaikan kabar dari dunia, ketahuilah bahwa sekarang ini isteri-isteri kamu yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin lagi, anak-anak mu yang kamu tinggalkan sekarang sudah besar, harta-harta mu yang dulu kamu cari dengan susah payah telah mereka bagikan dan mereka sekarang hidup dalam kehidupan dunia, kehidupan dunia yang penuh dengan keindahan sementara yang selalu membuatkan manusia lupa. Sekarang kabarkanlah kepada ku kabar dari kubur? Beliau diam sebentar lalu berkata… Aku tahu, kalau seandainya kalian bisa berbicara pasti akan kalian katakan padaku "fatazawwadu fa inna khairuzzadi ttaqwa" kehidupan dunia penuh dengan tipu daya, maka berbekallah untuk kehidupan yang hakiki dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Safir tajid ‘iwadhan ‘amman tufariquhu fanshob fiinna lazizal ‘aisy binnashobi….

PERGI HAJI MENUJU ALLAH

Friday, December 22nd, 2006

        Hari ni khutbah yang aku dengar kat Masjid Assalam agak berbeza dengan khatib-khatib yang biasanya ditugaskan untuk berkhutbah di masjid terbesar kawasan Asyir Madinat Nasr. Biasanya khatib-khatib yang ditugaskan di Masjid Assalam banyak dari kalangan muda, yang selalu menyampaikan khutbah mereka dengan penuh semangat, namun khatib yang dikenal dengan Syeikh Anwarul Imam ini menyampaikan khutbahnya dengan agak tenang namun penuh wibawa, bahasanya yang sangat indah, dihasi dengan pemilihan kata-kata yang sesuai ma’nan wa lafzan, suku kata terakhir dalam setiap potongan ayat selalunya seirama, juga diperindah lagi dengan bait-bait syair yang disampaikan dengan intonasi yang menarik. Aku sangat menyesal kerana aku biasanya membawa bersama mp3 untuk mengabadikan apa yang aku dengar dan untuk kuperdengarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin. Aku bukannya terlupa bahkan sebelum aku melangkah sudah terdetik dilubuk harti untuk membawa bersama mp3 ku itu namun aku mengabaikannya mengingat masa yang agak sempit. Aku berusaha untuk menulis sedikit isi dari apa yang aku dapatkan dari Khtubah jumaat hari ini semoga ia menjadi khazanah ilmu peribadi buat diriku dan menjadi amal jariyah bagi mereka yang membacanya. Amin.

HAJI, PERJALANAN MENUJU ALLAH

       Dikisahkan seorang pemuda ingin meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan untuk pergi menunaikan ibadah haji. Ketika seluruh rombongan yang akan pergi haji berkumpul di depan rumah pemuda ini dengan segala bekalan dan tunggangan untuk seterusnya memulakan perjalanan menuju ke Makkah al mukarramah, datanglah si anak dan si isteri tercinta kepada suaminya lalu berkata,  berapa lamakah  kamu akan meninggalkan kami,  pemuda-pemuda yang lain yang mendengarkan  ucapan itu  segera menjawab ada yang pergi selama setahun, ada pula yang  pergi selama bertahun-tahun dan ada pula yang pergi untuk selama-lamanya. Mendengar jawaban yang demikian si anak dan isterinya terus menangis teresak-esak lalu berkata siapakah yang akan memberi makan kepada kami, siapa yang akan menjaga kami, siapa yang akan melindungi kami. Serentak mereka menjawab Allah swt. Aku titipkan kalian kepada Allah SWT. Dialah yang akan memberi kalian makan, Dialah yang akan menjaga kalian dan Dia jugalah yang akan melindungi kalian.  Lalu  anaknya, orang yang selalu makan bersama-sama kita akan pergi namun Zat yang memberi rezeki itu tidak akan pernah berhenti memberi rezekinya. Setelah mendengar ucapan itu si isteri akhirnya merelakan  pemergian suaminya. Apabila mereka telah selesai minum ketua rombongan itu berkata sambil memegang bekas air yang telah kosong sambil berkata. "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Rasulnya tinggalkan lah hartanya untuk keluarga ini" Lalu mereka pun mengisi bekas air tersebut sehingga penuh lalu diberikan kepada si isteri tadi. Melihat itu si isteri terus menangis dengan lebih teruk dan berkata hamba-hamba Allah melihat keadaan ku lalu timbul pada mereka perasaan kesian dan menghadiahkanku harta yang begitu banyak lalu bagaimana seandainya Allah SWT pencipta langit dan bumi, pemilik segala yang ada di alam ini, maha pengasih lagi maha penyayang, tentunya dia akan memberikan lebih banyak dibanding yang telah kalian berikan. Subhanallah…Wp018x6

BERTAWAF MENGAGUNGKAN KEBESARAN ALLAH

        Dikisahkan seorang Arab badwi yang datang bertawaf di ka’bah, ketika dia sedang mengeliling ka’bah dia berkata Ya Karim… Ya Karim… Ya Karim… Rasulullah yang mendengarkan ucapan pemuda itu pun mengikuti pemuda itu dengan berkata "Yakhafu minka Ya Karim..(Dia takut padaMu Wahai yang Maha Mulia) " berulang-ulang. Pemuda yang merasa seakan-akan dia dipermainkan itu pun pergi menuju Rasulullah dan berkata "Seandainya bukan kerana keindahan dan pancaran wajahmu sungguh aku akan melaporkan hal ini kepada Nabi Muhammad SAW!!!" lalu meninggalkan Rasulullah dengan tergesa-gesa. Rasulullah SAW terus mengejar pemuda itu lalu bertanya, "Tidakkah kamu mengenal Nabimu, tidak pernahkah kamu bertemu dengannya lalu bagaimana aku beriman kepadanya?" "Aku beriman kepadanya walaupun aku belum pernah bertemu dengannya. Nabi lalu tersenyum dan berkata Akulah nabimu di dunia dan pemberi syafaat padamu kelak di syurga.

bersambung…

Masjid, Masih berfungsikah ia?

Thursday, December 7th, 2006

Azan berkumandang memanggil semua umat Islam untuk mengerjakan solat berjamaah di Masjid, namun  yang  kita lihat  hanya sejumlah kecil sahaja yang menghadirkan diri untuk berjamaah. Persoalannya mengapa? Tidakkah kita risau jika suatu hari nanti akan ada segelintir manusia yang akan berkata "Mengapa azan dibenarkan berkumandang, ia akan mengganggu manusia, ia juga tidak lagi bermanfaat karena ketika azan berkumandang umat islam seakan tidak kisah dan dengan senang hati meneruskan aktiviti mereka tanpa menghiraukan laungan yang menandakan masuknya waktu solat ?" Perkara ini sangat perlu diselesaikan dengan segera, namun aku tidak melihat sedikit pun kerisauan umat islam terhadap masalah ini. Bahkan golongan "agamawan" juga sepertinya tidak berminat untuk menterjemahkkannya kedalam sebuah "hamlah ‘amali" atau act of action tentang perkara ini. Apakah urusan duniawi jauh lebih utama dimata kita saat ini daripada membicarakan hal yang remeh seperti berjemaah? Alangkah baiknya kalau kita dapat melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW menjadikan masjid segala-galanya bagi umatnya. Dari sebuah masjidlah berdirinya sebuah kerajaan terbesar dunia yang tubuh secepat kilat di dalam sejarah dunia. Secara fizikal tidak dapat kita mungkiri masjid kini begitu mewah namun……
Img_0690_1

Kubah Masjid Abul Abbas Al-Mursy, Iskandariyyah Mesir

 

Penulis ingin mengajak teman-teman membaca sebuah kisah ringkas dibawah ini semoga bermanfaat selamat membaca….

    Ada
seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Ummi maktum, beliau merupakan
sahabat yang diabadikan kisahnya di dalam surah ‘abasa, merupakan
seorang yang buta.
    Pada suatu hari datanglah Abdullah berjumpa
dengan Rasulullah saw. setelah ditinggalkan oleh orang yang menemaninya menuju ke masjid  untuk mendapatkan keringanan supaya tidak
menyertai jemaah kerana dia merupakan seorang yang buta. namun Rasulullah
balik bertanya kepadanya apakah kamu mendengar azan? kerana dia
mendengar azan maka rasulullah tidak melihat sebarang keuzuran yang
menyebabkan dia mendapat layanan istimewa tersebut walaupun dia merupakan seorang yang buta.  Maka keluarlah Abdullah Bin Ummi Maktum menuju ke masjid pada pagi hari berikutnya. Ditengah-tengah
perjalanan dia tersandung batu dan terjatuh sehingga menyebabkan
kepalanya luka dan darah mengalir ke wajahnya. Dia lalu bangkit berdiri
sambil melap darah yang mengalir dan kembali  berjalan menuju masjid,
kemudian datang lah seseorang yang tidak dikenali  dan bertanya :
"Pakcik, anda hendak pergi ke mana?" dia lalu menjawab " Ke masjid."
lelaki tadi terus menawarkan diri untuk  menghantarnya ke  masjid  dan
juga  menghantarnya  kembali ke  rumah.  Mulai hari  itu  mereka
berdua  pergi bersama-sama  ke masjid  hinggalah pada suatu hari
Abdullah  merasa  gembira  dan ingin mengetahui siapakah pemuda yang
baik hati yang rela menemaninya selama ini, maka bertanyalah Abdullah
siapakah anda wahai pemuda? pemuda itu menjawab, apa yang kamu inginkan
dari nama saya? Abdullah menjawab aku ingin mendoakan balasan yang baik
kepada mu. Pemuda itu menjawab : " Anda tidak perlu mendoakan saya,
tidak perlu mengetahui keinginan saya dan tidak perlu mengetahui nama
saya." Abdullah menjawab  "Demi  Allah aku tidak akan berteman dengan
mu  sehingga aku mengetahui siapakah dirimu dan mengapa  engkau
berkhidmat kepada ku?"  pemuda itu menjawab kerana anda telah
bersumpah sedemikian rupa maka akan aku kabarkan siapakah aku
sebenarnya. Aku adalah Iblis. Abdullah terkejut dan berkata :
"Bagaimana anda membantu aku ke masjid sedangkan tugas mu adalah
menyesatkan manusia terutama menghalang mereka dari mendirikan solat?"
Iblis menjawab : " Ingat lagikah kamu saat kamu terjatuh dan kepalamu
berdarah, "ya, aku ingat." jawab Abdullah. Ketika itu aku mendengar
pada saat itu juga malaikat berkata sesungguhnya Allah telah
mengampunkan setengah dari dosa yang telah engkau kerjakan maka aku
sangat risau seandainya engkau terjatuh sekali lagi dan menyebabkan
setengah lagi dosamu terhapus, itulah sebabnya aku membantumu pergi dan
pulang.