Masjid, Masih berfungsikah ia?

Azan berkumandang memanggil semua umat Islam untuk mengerjakan solat berjamaah di Masjid, namun  yang  kita lihat  hanya sejumlah kecil sahaja yang menghadirkan diri untuk berjamaah. Persoalannya mengapa? Tidakkah kita risau jika suatu hari nanti akan ada segelintir manusia yang akan berkata "Mengapa azan dibenarkan berkumandang, ia akan mengganggu manusia, ia juga tidak lagi bermanfaat karena ketika azan berkumandang umat islam seakan tidak kisah dan dengan senang hati meneruskan aktiviti mereka tanpa menghiraukan laungan yang menandakan masuknya waktu solat ?" Perkara ini sangat perlu diselesaikan dengan segera, namun aku tidak melihat sedikit pun kerisauan umat islam terhadap masalah ini. Bahkan golongan "agamawan" juga sepertinya tidak berminat untuk menterjemahkkannya kedalam sebuah "hamlah ‘amali" atau act of action tentang perkara ini. Apakah urusan duniawi jauh lebih utama dimata kita saat ini daripada membicarakan hal yang remeh seperti berjemaah? Alangkah baiknya kalau kita dapat melihat sendiri bagaimana Rasulullah SAW menjadikan masjid segala-galanya bagi umatnya. Dari sebuah masjidlah berdirinya sebuah kerajaan terbesar dunia yang tubuh secepat kilat di dalam sejarah dunia. Secara fizikal tidak dapat kita mungkiri masjid kini begitu mewah namun……
Img_0690_1

Kubah Masjid Abul Abbas Al-Mursy, Iskandariyyah Mesir

 

Penulis ingin mengajak teman-teman membaca sebuah kisah ringkas dibawah ini semoga bermanfaat selamat membaca….

    Ada
seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Ummi maktum, beliau merupakan
sahabat yang diabadikan kisahnya di dalam surah ‘abasa, merupakan
seorang yang buta.
    Pada suatu hari datanglah Abdullah berjumpa
dengan Rasulullah saw. setelah ditinggalkan oleh orang yang menemaninya menuju ke masjid  untuk mendapatkan keringanan supaya tidak
menyertai jemaah kerana dia merupakan seorang yang buta. namun Rasulullah
balik bertanya kepadanya apakah kamu mendengar azan? kerana dia
mendengar azan maka rasulullah tidak melihat sebarang keuzuran yang
menyebabkan dia mendapat layanan istimewa tersebut walaupun dia merupakan seorang yang buta.  Maka keluarlah Abdullah Bin Ummi Maktum menuju ke masjid pada pagi hari berikutnya. Ditengah-tengah
perjalanan dia tersandung batu dan terjatuh sehingga menyebabkan
kepalanya luka dan darah mengalir ke wajahnya. Dia lalu bangkit berdiri
sambil melap darah yang mengalir dan kembali  berjalan menuju masjid,
kemudian datang lah seseorang yang tidak dikenali  dan bertanya :
"Pakcik, anda hendak pergi ke mana?" dia lalu menjawab " Ke masjid."
lelaki tadi terus menawarkan diri untuk  menghantarnya ke  masjid  dan
juga  menghantarnya  kembali ke  rumah.  Mulai hari  itu  mereka
berdua  pergi bersama-sama  ke masjid  hinggalah pada suatu hari
Abdullah  merasa  gembira  dan ingin mengetahui siapakah pemuda yang
baik hati yang rela menemaninya selama ini, maka bertanyalah Abdullah
siapakah anda wahai pemuda? pemuda itu menjawab, apa yang kamu inginkan
dari nama saya? Abdullah menjawab aku ingin mendoakan balasan yang baik
kepada mu. Pemuda itu menjawab : " Anda tidak perlu mendoakan saya,
tidak perlu mengetahui keinginan saya dan tidak perlu mengetahui nama
saya." Abdullah menjawab  "Demi  Allah aku tidak akan berteman dengan
mu  sehingga aku mengetahui siapakah dirimu dan mengapa  engkau
berkhidmat kepada ku?"  pemuda itu menjawab kerana anda telah
bersumpah sedemikian rupa maka akan aku kabarkan siapakah aku
sebenarnya. Aku adalah Iblis. Abdullah terkejut dan berkata :
"Bagaimana anda membantu aku ke masjid sedangkan tugas mu adalah
menyesatkan manusia terutama menghalang mereka dari mendirikan solat?"
Iblis menjawab : " Ingat lagikah kamu saat kamu terjatuh dan kepalamu
berdarah, "ya, aku ingat." jawab Abdullah. Ketika itu aku mendengar
pada saat itu juga malaikat berkata sesungguhnya Allah telah
mengampunkan setengah dari dosa yang telah engkau kerjakan maka aku
sangat risau seandainya engkau terjatuh sekali lagi dan menyebabkan
setengah lagi dosamu terhapus, itulah sebabnya aku membantumu pergi dan
pulang.

Leave a Reply