PERGI HAJI MENUJU ALLAH
Hari ni khutbah yang aku dengar kat Masjid Assalam agak berbeza dengan khatib-khatib yang biasanya ditugaskan untuk berkhutbah di masjid terbesar kawasan Asyir Madinat Nasr. Biasanya khatib-khatib yang ditugaskan di Masjid Assalam banyak dari kalangan muda, yang selalu menyampaikan khutbah mereka dengan penuh semangat, namun khatib yang dikenal dengan Syeikh Anwarul Imam ini menyampaikan khutbahnya dengan agak tenang namun penuh wibawa, bahasanya yang sangat indah, dihasi dengan pemilihan kata-kata yang sesuai ma’nan wa lafzan, suku kata terakhir dalam setiap potongan ayat selalunya seirama, juga diperindah lagi dengan bait-bait syair yang disampaikan dengan intonasi yang menarik. Aku sangat menyesal kerana aku biasanya membawa bersama mp3 untuk mengabadikan apa yang aku dengar dan untuk kuperdengarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin. Aku bukannya terlupa bahkan sebelum aku melangkah sudah terdetik dilubuk harti untuk membawa bersama mp3 ku itu namun aku mengabaikannya mengingat masa yang agak sempit. Aku berusaha untuk menulis sedikit isi dari apa yang aku dapatkan dari Khtubah jumaat hari ini semoga ia menjadi khazanah ilmu peribadi buat diriku dan menjadi amal jariyah bagi mereka yang membacanya. Amin.
HAJI, PERJALANAN MENUJU ALLAH
Dikisahkan seorang pemuda ingin meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan untuk pergi menunaikan ibadah haji. Ketika seluruh rombongan yang akan pergi haji berkumpul di depan rumah pemuda ini dengan segala bekalan dan tunggangan untuk seterusnya memulakan perjalanan menuju ke Makkah al mukarramah, datanglah si anak dan si isteri tercinta kepada suaminya lalu berkata, berapa lamakah kamu akan meninggalkan kami, pemuda-pemuda yang lain yang mendengarkan ucapan itu segera menjawab ada yang pergi selama setahun, ada pula yang pergi selama bertahun-tahun dan ada pula yang pergi untuk selama-lamanya. Mendengar jawaban yang demikian si anak dan isterinya terus menangis teresak-esak lalu berkata siapakah yang akan memberi makan kepada kami, siapa yang akan menjaga kami, siapa yang akan melindungi kami. Serentak mereka menjawab Allah swt. Aku titipkan kalian kepada Allah SWT. Dialah yang akan memberi kalian makan, Dialah yang akan menjaga kalian dan Dia jugalah yang akan melindungi kalian. Lalu anaknya, orang yang selalu makan bersama-sama kita akan pergi namun Zat yang memberi rezeki itu tidak akan pernah berhenti memberi rezekinya. Setelah mendengar ucapan itu si isteri akhirnya merelakan pemergian suaminya. Apabila mereka telah selesai minum ketua rombongan itu berkata sambil memegang bekas air yang telah kosong sambil berkata. "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Rasulnya tinggalkan lah hartanya untuk keluarga ini" Lalu mereka pun mengisi bekas air tersebut sehingga penuh lalu diberikan kepada si isteri tadi. Melihat itu si isteri terus menangis dengan lebih teruk dan berkata hamba-hamba Allah melihat keadaan ku lalu timbul pada mereka perasaan kesian dan menghadiahkanku harta yang begitu banyak lalu bagaimana seandainya Allah SWT pencipta langit dan bumi, pemilik segala yang ada di alam ini, maha pengasih lagi maha penyayang, tentunya dia akan memberikan lebih banyak dibanding yang telah kalian berikan. Subhanallah…
BERTAWAF MENGAGUNGKAN KEBESARAN ALLAH
Dikisahkan seorang Arab badwi yang datang bertawaf di ka’bah, ketika dia sedang mengeliling ka’bah dia berkata Ya Karim… Ya Karim… Ya Karim… Rasulullah yang mendengarkan ucapan pemuda itu pun mengikuti pemuda itu dengan berkata "Yakhafu minka Ya Karim..(Dia takut padaMu Wahai yang Maha Mulia) " berulang-ulang. Pemuda yang merasa seakan-akan dia dipermainkan itu pun pergi menuju Rasulullah dan berkata "Seandainya bukan kerana keindahan dan pancaran wajahmu sungguh aku akan melaporkan hal ini kepada Nabi Muhammad SAW!!!" lalu meninggalkan Rasulullah dengan tergesa-gesa. Rasulullah SAW terus mengejar pemuda itu lalu bertanya, "Tidakkah kamu mengenal Nabimu, tidak pernahkah kamu bertemu dengannya lalu bagaimana aku beriman kepadanya?" "Aku beriman kepadanya walaupun aku belum pernah bertemu dengannya. Nabi lalu tersenyum dan berkata Akulah nabimu di dunia dan pemberi syafaat padamu kelak di syurga.
bersambung…