UJIAN…BERSABARLAH

        Ujian… Mengangkat Derajat

 

"Bil limtihani yukramul maru au yuhan" Dengan peperiksaan seseorang itu dimuliakan atau dihina. Sudah menjadi sunnatullah dan adat dalam kehidupan bahwa untuk melangkah ke tahap atau derajat yang lebih tinggi hendaklah seseorang itu menempuh ujian atau peperiksaan yang telah ditetapkan sehingga dengan hasil dan pencapaian dari ujian dan peperiksaan tersebutlah seseorang tu diberi penghargaan, penghormatan, dan maqam selayaknya.

       Ada beberapa hal yang perlu seseorang itu perhatikan antaranya adalah peperiksaan yang dicipta oleh manusia biasanya telah kita ketahui, sebagai contoh ketika kita hendak lulus ke tingkat yang lebih tinggi di jenjang pendidikan maka pihak universiti akan terlebih dahulu memberi makluman bila peperiksaan akan dilaksanakan. Dengan demikian seorang pelajar dapat mengagak dan menyusun jadwal hingga peperiksaan tersebut dapat dijalani dengan penuh persiapan. Bahkan seandainya seseorang itu tidak bersedia sekali pun dia masih dapat memikirkan jalan alternatif seperti menulis jawapan di lengan hanya untuk melepasi satu peperiksaan. Berbeza dengan ujian yang direncanakan oleh yang Maha Kuasa, ianya hadir bila-bila masa, tanpa jadwal atau makluman awal, tanpa berita atau tanda-tanda, hadirnya seketika. Ujian yang telah termaktub di lauhin mahfudz adalah sebenar-benar ujian yang terselamat dari kecurangan, terpeliharan dari ketidak adilan,bersih dan murni. Ujian yang seperti ini benar-benar akan mengangkat atau menurunkan derajat seseorang di hadapan Allas SWT.

       Ketika seseorang menghadapi ujian atau peperiksaan maka dia perlu memperhatikan keadaan dirinya sebelum,ketika dan setelah ujian itu. Hasil dari suatu ujian dan peperiksaan itu akan dinilai tidak hanya pada keputusan akhir, namun lebih meluas kepada sikap kita untuk menghadapi ujian, keadaan kita ketika proses berjalannya ujian dan berubahan yang terjadi kepada kita setelah ujian tersebut itu dijalankan. Banyak fenomena yang terjadi dialam persekolahan apabila seseorang menulis nota di lengannya dengan alasan dia tidak sempat menghafalnya dan seandainya dia gagal maka akan menjadi masalah besar baginya lalu dia memilih untuk melakukan ikhtiyarula akhir dengan meniru. Ketika si pelajar ini lulus, kita tidak  akan melihat ada sebuah kegembiraan atau kebanggaan yang perlu di syukuri oleh pelajar tersebut. Bahkan apa yang kita lihat adalah sebuah penipuan terhadap diri sendiri.
Img_1083
        Semalam adalah hari kelam bagi saudaraku Zaenal Arifin. Hari dia diuji oleh yang Maha Esa. Ketika dia berjuang menuntut ilmu di Mesir, ayahandanya dipanggil yang Maha Pencipta untuk meninggalkan kampung bercucuk tanam, menuju ke kampung penantian sebelum nantinya ke kampung pengambilan hasil tanaman. Ingatlah tatkala kau bersedih masih ada yang bersamamu. Yakinlah pada janji tuhanmu. Masih belum putus kesempatan bagimu untuk berbakti kepada ayahandamu. Aku teringat syair-syair Sayyid Qutub : "Seandainya kau tangisi kematian ku, dan kau sirami pusaraku dengan air matamu, maka diatas tulang-tulang ku yang hancur luluh,nyalakanlah obar buat umat ini, teruskanlah perjalanan kegerbang jaya, biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya, janganlah gentar berkelana di alam abadi nun disana fajar jelas memancar"

       Akhir sekali marilah kita ingat kembali sebuah kisah ketika Ali RA datang ke kubur dan duduk disana lalu beliau mulakan perbualannya dengan para ahli kubur dengan berkata : Assalamu’alaikum wahai ahli kubur… Aku ingin sampaikan kabar dari dunia, ketahuilah bahwa sekarang ini isteri-isteri kamu yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin lagi, anak-anak mu yang kamu tinggalkan sekarang sudah besar, harta-harta mu yang dulu kamu cari dengan susah payah telah mereka bagikan dan mereka sekarang hidup dalam kehidupan dunia, kehidupan dunia yang penuh dengan keindahan sementara yang selalu membuatkan manusia lupa. Sekarang kabarkanlah kepada ku kabar dari kubur? Beliau diam sebentar lalu berkata… Aku tahu, kalau seandainya kalian bisa berbicara pasti akan kalian katakan padaku "fatazawwadu fa inna khairuzzadi ttaqwa" kehidupan dunia penuh dengan tipu daya, maka berbekallah untuk kehidupan yang hakiki dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Safir tajid ‘iwadhan ‘amman tufariquhu fanshob fiinna lazizal ‘aisy binnashobi….

3 Responses to “UJIAN…BERSABARLAH”

  1. Halaa Says:

    Nice blog. tp nak tambah sikit je… kesusahan dan penderitaan adalah ujian yg hebat, tp kesenangan dan kelapangan adalah ujian yg jauh lebih hebat… semoga kita tak lalai dan tidak menzalimi diri sendiri. insyaAllah…

  2. HanNah Says:

    Ya,..Mmg blog yg bagus ntu tatapan sumer..^_^

  3. HanNah Says:

    Ya,..Mmg blog yg bagus ntuk tatapan sumer..^_^

Leave a Reply