Hijrah…

Hijrah
berasal dari kata arab yang berasal dari kata hajara yang berarti
meninggalkan tempat tinggal, dan ia banyak digunakan untuk perpindahan
dari pendalam ke pekan atau dari kampung ke bandar. Istilah ini lalu
digunakan dalam Islam kepada mereka yang telah meninggalkan tempat yang
penuh dengan kekufuran ke tempat tinggal baru yang diterangi cahaya
kebenaran Islam dan juga digunakan bagi mereka yang meniggalkan maksiat
kerana malu kepada Allah SWT.

 

Peristiwa
perjalanan Nabi Muhammad SAW meninggalkan kota Mekah dan berpindah ke
Madinah setelah tiga belas tahun berada di Mekah dikenal sebagai
peristiwa Hijrah. Dari sinilah kemudiannya menjadi permulaan taqwim
atau kalender Islam yang baru. Sebahagian ada yang mengatakan bahwa
peristiwa hijrah telah diatur dan ditetapkan sedemikian rupa sehingga
betul-betul menjadi sebuah tanda kebangkitan yang tidak dilupakan.
Kini, hijrah menjadi sebuah peringatan penting yang dimanfaatkan umat
islam untuk mengadakan program-program yang bermanfaat yang dapat
meningkatkan kecintaan kepada agama.

000478_chamelier_2001-12-23.jpg

 

PENGAJARAN DARI PERISTIWA HIJRAH

 

a.  Sebelum Hijrah

 


Sebelum diperintahkan hijrah, keadaan umat islam di Mekah amatlah teruk
siksaan fizikal dan mental adalah hal yang biasa yang diterima oleh
umat Islam. Kisah Bilal dengan tuannya adalah salah satu kisah yang
selalu kita dengar. Penghinaan yang dilakukan kepada Nabi Muhammad SAW
sangatlah dahsyat. Nabi pernah dilempari najis unta, kepala baginda
pernah dipijak ketika sujud bahkan ada yang mengatakan bahwa baginda
SAW pernah dicekik. Peristiwa di Taif sangat dahsyat bahkan malaikat
menawarkan diri untuk membalas mereka namun Rasulullah tetap sabar dan
mendoakan umatnya.

 

Pelbagai
ujian dan cabaran yang dilalui umat Islam ketika itu adalah tidak lain
merupakan latihan yang disediakan untuk melahirkan golongan muslimin
yang qualiti keimanan mereka ditahap yang tertinggi kerana merekalah
yang akan membantu Rasulullah SAW untuk menyebarkan risalah Islam. –
Qualiti keimanan

 

Setelah
Rasulullah SAW telah memiliki barisan pengikut yang berqualiti, baginda
SAW mula munyusun strategi, gerakan dakwah underground ketika musim
haji dilaksanakan sehingga berjaya mengislamkan beberapa orang ahli
yasrib. Langkah susulan diatur dengan mengirim duta pertama Baginda SAW
Mus’ab bin Umair. Mus’ab bin Umairlah yang paling berjasa menyiapkan
pasak-pasak yang diperlukan di yasrib.

 

b.  Ketika Hijrah

 

 

 


Perjalanan meninggalkan kota Mekah ternyata bukanlah suatu hal yang
mudah, kaum musyrikin yang sudah mulai menghidu pergerakan umat Islam
turut mengambil langkah waspada, sekali lagi perancangan yang teliti
membantu kelancaran agenda besar baginda SAW, Ali R.A dipilih untuk
tidur di tempat baginda SAW, gua hira menjadi tempat persembunyian,
Asma mengirimkan bekalan makanan, jejak kakinya ditutup oleh gembalaan
kambing, dan sekian lagi rentetan perjalanan beliau yang penuh dugaan
dan cabaran.

 

Timbul
persoalan “Mengapa Allah SWT tidak membantu hijrah baginda SAW
sebagaimana Allah SWT menjemput baginda ke ‘ArshNya dalam perjalanan
baginda SAW dari Mekah ke BaitulMaqdis lalu ke langit dengan menunggang
buraq? Mengapa Rasulullah SAW harus menghadapi segala kesulitan dan
kesusahan?” Disinilah peran baginda SAW sebagai qudwah hasanah bagi
kita. Baginda mengorbankan segala-galanya demi Allah SWT. Baginda
menghadapi ujian yang dahsyat, namun baginda tetap sabar dan tabah
untuk meneruskan tanggungjawabnya menyebarkan Islam. Dengan qudwah
hasanah ini kita tidak lagi beralasan untuk mengeluh dalam menjalankan
tugas sebagai seorang muslim.

 

c.  Setelah Hijrah

 


Kejayaan demi kejayaan mula dikecapi umat Islam. Nilai-nilai kehidupan
mulai diterapkan. Tatacara kehidupan bermasyarakat dipusatkan dengan
berdirinya masjid. Kehidupan teratur, sistematik, aman, dan makmur mula
dirasakan, tentunya dengan usaha gigih kerana musuh tidak akan
meninggalkan lawannya menang tanpa bertarung. Kekuatan umat Islam yang
dibentuk dibawah bimbingan Rasulullah SAW mempermudahkan lagi
tersebarnya Islam ke penjuru dunia.


Rasulullah SAW adalah seorang pemimpin, komandan perang, imam, juga
merupakan seorang buruh. Peristiwa khandaq cukup bagi kita untuk
melihat qudwah yang baginda SAW tunjukkan. Beliau memulakan dengan
mengadakan mesyuarat bersama para sahabat, ini menunjukkan wibawa
seorang pemimpin yang berwawasan luas. Beliau mengetatkan disiplin
dengan memerintahkan permintaan izin bagi yang ingin meninggalkan tapak
projek sisi seorang komandan perang. Beliau turun ke tapak projek dan
turut menghayunkan tukul untuk memecahkan batu-batu besar cermin
seorang buruh. Ketika para sahabat ingin mengeluh kelaparan sambil
berkata “Wahai Rasulullah SAW ketahuilah kami sekarang dalam keadaan
lapar dan kami telah mengikat perut kami dengan sebuah batu” lantas
Baginda SAW mengangkat bajunya dan para sahabat mendapati bahwa
Rasulullah SAW mengikat perut baginda dengan dua ketul batu. Ketika
baginda SAW diajak untuk menikmati hidangan ala kadar oleh seorang
dermawan beliau tidak sanggup menikmati kenyang sedang para umatnya
yang lain kelaparan. Datanglah baginda menghadiri jemputan dengan
seluruh tentera-tentera muslimin.

caravan3.jpg

 

TINDAKAN

 


Semua contoh yang telah kita dapati dari Rasulullah SAW adalah sempurna
untuk kita jalani hidup ini sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.
Umumnya kita mengetahui suatu hal, namun kita belum menterjemahkannya
ke dalam suatu tindakan kerana kelemahan iman pada diri kita. Keyakinan
yang tak maksimal menipiskan lagi kepercayaan kita. Kenikmatan duniawi
yang sebentar membuai kita sehingga kita lupa akan hakikat sebuah kekal
yang abadi. Keluarlah dari gelap keraguan, Langkahlah ke cahaya
keyakinan. Lakukanlah yang sedikit yang kita tahu adalah jauh lebih
baik daripada kita mengetahui banyak hal yang tidak kita lakukan. Iman
tidak hanya dengan lidah (lafaz) namun dengan hati (kepercayaan) dan
anggota tubuh(perbuatan).

Read more entries…

Leave a Reply