June 20th, 2006 by nie-akupunya

Dscn0912

 

 

 

 

Tragedi Semalam.

 

Semalam hari isnin, 19 July
2006, pagi tu aku bangun pukul 5.00 lambat ah sket dari waktu biasa,
terlepaslah gak jemaah kat masjid. Pepagi lagi aku dah pergi CC sebab dah janji
nak bagi harga barang cuma yang men-tension-kan tu adalah internet kat umah tu
buat hal, terpaksalah menapak pergi CC
pepagi buta, matahari pun tak sempat nak kuar lagi. Tak lama kat CC, 1/2 jam
jer kot sempatlah tegur dua tiga kawan yang On kat dalam List time tu, Pukul
enam lebih sket aku dah lari balik rumah, tetengok bebudak sume tido lagi. Sebenarnya
kitorang serumah plan nak gi pantai hari tu kire nak refreshing la habis exam. "woi…
bangun oi… -sesorang nak kene kejut- …tak malu ngan matahari ker korang nie…"
10 menit lepas tu sume dah ready, aku dah stand by dalam kete panaskan enjin. Lepas
dah singgah sana sini mulalah aku mengarahkan kete ke hingway menuju pantai
laut merah tempat kita menuju, aku nie bukannya tau jalan saja jer gatal nak
drive, penunjuk jalannye pulak kat blakang, jalan yang agak renggang dipagi
yang tenang membuatkan kakiku mudah jer tekan minyak, walau pun tak laju sangat
120-140 km/jam jer tapi dah cukup membuatkan aku terlajak meninggalkan lorong
yang patut aku masuk. Jalan one way kat mesir nie panjang-panjang dan lorong
untuk U turn tu pulak jarang-jarang memang elok sangatlah menghabiskan minyak
pepagi nie, setelah beberapa ketika jumpalah juga lorong untuk u-turn, kembali
ker jalan tadi yang dah mula ramai tetiba kawan belakak jerit " oi …
shahiid lorong dah terlepas…!!!!!" laaaa not again, aku pun mula slow down
speed dan berenti kat tepi jalan. Lepas semua orang meluahkan apa yang ada
dalam otak masing-masing aku pun me- reverse-kan kereta kat tengah hingway. Tetiba….
"…… id… jaga ada lori… berenti….!!!" Aku kata hampeh bebudak nie tak yah lah jerit, lari jantung aku, sebab
aku pun dah kecut gak aku pun kasilah kawan aku gantikan aku drive, dia pun
mulakanlah kerje giler jadikan highway yang oneway tu menjadi two way – amaran don’t
try this at home- dengan selamba kereta kita
melaju menuju lorong yang tertinggal tadi, setelah berada di atas jalan yang
betul kereta melaju dengan gelak ketawa yang menghiasi pagi tak lupa zikir kat
dalam hati… tetiba eh apa tu.. polis siut… wah alhamdulillah aku dah ganti ngan
jems -panggilan mesra kawan aku yang drive- kalau tak mampus gak aku dah lah
tak berlesen. Lepas jer dari polis tu sume bersuara mensyukuri nasib baik sebab
polis tu tadi sempat tunjuk lagi kat kerete kite, macam wanted punya ketelah
pulak… Dah tiba disana kita pun makanlah
dulu yang lawak nyer tu makan lauk sesajer, sebab taklah ingat tempat nie akan
sesepi nie, kedai yang hanya ada 2 buah jer kat tengah-tengah padang pasir tu
pun tak buka lagi so mau tak mau terpaksalah makan lauk sesaje, sepatutnya
makan ngan roti,(pantai nie kat tepi padang pasir) dah makan amik pot baek
punya dan terjunlah kitorang. Mandi punya mandi sampai letih, lumbe itu-ini
memang best tul-lah, apalagi airnya yang jernih nampak ikan yang berenang ke
sana-sini bersama angin pantai yang tak berhenti berhembus, setelah beberapa
jam semua mula penat, ide-ide giler mula kuar dari masing-masing kepala yang
badannya masih terendam air. Bagai mendapat arahan semua mula berjalan menuju
pantai untuk bersiap meneruskan aktiviti selanjutnya, aku masih merendamkan
diri dan sesekali merendamkan kepala menikmati kedinginan air walau pun mata
terasa agak pedih setelah merasa puas aku pun terus menuju kearah tempat kereta
kita berada. Dari jauh aku perasan, giler bebudak nie masuk kawasan rumah orang
untuk bilas badan sebab shower yang disediakan tak berfungsi, rumah tu nampak
terurus tapi tak der orang kot. Aku pun terpaksa ikut gak ah sebab tak tahan
gatalkan, lagi pun cuaca dah panas giler tengah-tengah hari, tetiba ada yang
bersuara " hid.. mana kunci?" terus jer aku jawab "tak tau..

kan

tadi dah bagi."
Aku ingatkan diorang saja jer buat lawakkan sebab waktu aku sampai kat kete tu
sume tak masuk kete lagi. "Woi mana ada kat aku kunci,kan tadi aku masuk laut first sekali… Aku dah
kasi ngan kamere tadi.."."Ko jangan memain shahiid.. ko suke buat lawak
bodoh.." bende yang tak terduga bermula. Kunci kete hilang, semua mula mencari
kehulu dan hilir. Tak Jumpa!!! Oh tidak… handset, beg, wallet dan duit sume kat
dalam bonet. Oh my God… bayangkanlah tetengah hari yang panas, tak de sen, Hp
sume kat dalam, oh tidak. Sekali ada yang bersuara "mungkin ko terletak
sekali dalam bonet kot waktu ko letak jam, hp dan lain-lain". So kita
semua sekarang pikir camner pulak nak pecahkan kete nie, macam-macam cara dah
di cube akhirnya aku dapat gak buka gune taktik yang dulu pernah tengok dalam
citer Mcgiver. Tanpa disangka,malang
memang tak berbau, dengan hampanya setelah mengetahui yang kat dalam bonet tu
memang tak der kunci tu. Semua menunduk lesu. Kawan yang sewa kete dah call
tuan punya kete suruh dia bawak kunci spare, menunggulah kite semua kehadiran
dia, perut memang tengah bernyanyi-nyanyi dengan kuat sekali, as I said before
hanya ada 2 jer kedai kat situ satu tak buka satu lagi tu tak de bende. Aku
sangat mensyukuri sebab dapat tugas jaga kete ngan sorang lagi bro, yang 3
kawan aku nie kene pergi menapak ke tengahpadang pasir tempat dimana jalan raya berada
untuk menahan tuan milik kete bila sampai. Tunggulah diorang tiga kat tepi
jalan macam arab badwi, aku rasa tengah hari tu panas dia mungkin sampai 40-45
degree gaklah, mau tak hitam kulit dibakarnya, macam dalam ovenlah pulak kan,
semua menginsafi diri atas dosa masing-masing, membayangkan neraka yang jauh
ribuan kali ganda panasnya ngan apa yang ada kat dunia nie. Kete Hyundai Matrix
warna kelabu bersinar-sinar memantulkan cahaya matahari, bagaikan pertolongan
besar yang datang kepada mangsa tragedi, waktu tu dah dekat pukul tujuh petang
kot. sesampai 3 orang kawan aku ke tempat kete, diorang mencari mana shahiid?.
Waktu tu aku gi berendam lagi sebab dah tak tahan sangat panas dan lapar hanya
dengan berendamlah aku dapat alihkan perhatian minda aku waktu tu. Dengan
tension nyer kengkawan aku yang lain usyar slek jer kat aku sambil kata "
orang panas – panas berjemor tepi jalan ko sedap-sedap jer berendam" aku
buat muka bodoh jer gi tukar baju dan naik kete, kitorang singgah masjid untuk
solat zuhur dan asar jama’ ta’khir. Dari situ terus jer pecut ke rumah -masih
tak makan lagi tu- sampai rumah dalam pukul 9 malam, cepat aku solat magrib
(musim panas nie siang lagi lama dari malam, isya tu dekat pukul 10 malam) dan
mula masak- tak larat nak beli sebab dah terlebih budget, mana taknya kete yang
tuan tu bawak untuk hantar kunci mestilah kita kene bayar kan- masak cin cai jer, masuk isya solat dan
melantaklah.

Begitulah akhir penderitaan berkelana di padang pasir, tak dapat
bayangkan bagaimana ujian bagi kaum terdahulu apalagi seperti kaum Nabi Musa AS
yang sesat 40 tahun di pergunungan Ibtih tengah padang pasir.

 

Pengajaran : Jangan memain dengan kunci, hanya disebabkan sebatang kunci
memacam hal yang boleh terjadi.       

Idola Remaja

June 17th, 2006 by nie-akupunya

Alhamdulillah… Exam untuk semester nie dah pun berakhir, harap-harap tak der subjek yang kantoi, ya Allah mudahkanlah segala urus dan golongkanlah kita semua termasuk mereka yang berjaya… amin…

Dah lama tak tulis kat blog nie… walau pun tau, tak ramai orang pun yang baca, tapi seronok jer tulis, paling tak pun, menguatkan lagi daya ingatan dan membiasakan tangan nie menaip. J 

selamat membaca…!!!

Mus’ab Bin ‘Umair

Sebelum Memeluk Islam

            Nama shabat yang  pertama dipilih sebagai Duta bagi Baginda SAW adalah Mus’ab bin ‘Umair. Dia adalah seorang yang sangat terkenal dikalangan bangsawan Arab ketika itu. Tidak ada mata yang memandangnya melainkan diikuti dengan pelbagai pujian dan takjuban. Bentuk tubuh yang tegap sentiasa dibaluti pakaian yang terkini dari Parsi maupun Rome, wajah yang menawan dihiasi dengan pelbagai aksesoris bangsawan seperti cincin, rantai dan sebagainya, tidak ketinggalan wangian ‘atar yang menarik perhatian membuatkan Mus’ab menjadi "Top Star Model" yang sangat dibanggakan.

            Menjadi harapan kelompok-kelompok remaja untuk dapat menghabiskan masa bersama Mus’ab.  Suatu hari datanglah sekelompok pemuda yang mengajak Mus’ab untuk bersama mereka pergi berburu namun ajakan itu ditolak Mus’ab, kemudian datang pula kelompok yang lain mengajaknya untuk pergi berseronok meneguk arak namun pelawaan itu juga ditolaknya. Maka berjalanlah Mus’ab seorang diri menuju Ka’bah. Di

sana

telah berkumpul pembesar-pembesar Quraisy yang sedang membahaskan tentang seseorang yang  sangat mereka benci, dengan sangat beremosi diikuti pula dengan bisikan syaitan menyebabkan perbahas mereka menjadi sangat serius dan masing-masing mengangkat suara sehingga perbahasan mereka sangat jelas didengari oleh Mus’ab.

Mus’ab Bin Umair Memeluk Islam

            Setelah mendengar perbahasan mereka tentang Muhammad SAW maka pergilah Mus’ab ke Baitil Arqom untuk mendengar sendiri dari Baginda SAW. Mendengar ucapan Baginda SAW telah membuka hati Mus’ab dan tanpa keraguan dia  mengumumkan keislamannya.

            Mus’ab berusaha menyembunyikan tentang keislamannya kerana tidak sanggup untuk menyakiti ibunya (Khunas binti Malik) yang tercinta, namun ditanah arab ketika itu, tidak ada rahsia yang dapat ditutupi kerana mata dan telinga kaum Quraisy berada dimana-mana.

Kehadiran Mus’ab ke baitil arqam telah dilihat oleh ‘Utsman Bin Talhah. Setelah dia (’Utsman) melihat buat kali yang kedua dimana Mus’ab solat bersama kaum muslimin lainnya, maka tersebarlah berita keislamannya tersebar dikalangan kaum Arab. Cemohan dan cacian telah menggantikan pujian yang dulu mereka ucapkan kepada Mus’ab. Seperti yang dijangka, hubung ibu dan anak itu pun mulai putus dan berakhir dengan perpisahan yang sangat mengharukan diiringi tangisan keduanya, namun sebelum Mus’ab meninggalkan ibunya dia sempat berpesan agar ibunya mahu memeluk islam.

Mulai detik itu berubahlah keadaan Mus’ab yang dahulunya hidup dalam kemewahan menjadi seorang yang miskin. Maka berhijrahlah Mus’ab ke Habasyah.                                                                                                                   

Menjadi Duta Pertama Rasulullah SAW

Rasulullah SAW memilih Mus’ab Alkhair (panggilan Mus’ab Bin Umair) untuk menjadi Duta Baginda ke Yasrib (Madinah) untuk mengajarkan Islam kepada kaum Anshar yang membaiat baginda SAW di ‘Aqobah dan mengajak penduduk madinah memeluk islam serta mempersiapkan Madinah untuk Baginda SAW berhijarah.

Mus’ab yang rupawan dan sopan, tabah dan cekal, sabar dan bijak membuatkannya menjadi orang yang paling layak melaksanakan tugas yang sangat berat ini. Mus’ab melaksanakan tugasnya dengan tekun dan istiqomah sehingga tersebarlah risalah ke seluruh penjuru Madinah.

Ada

yang mengatakan bahwa tidak ada satu pun rumah di Madinah melainkan salah satu ahli keluarganya telah memeluk Islam di tangan Mus’ab Alkhoir.

Suatu hari ketika Mus’ab sedang menyampaikan dakwah kepada penduduk madinah datanglah Usai Bin Hudhoir pemimpin Bani Abdulashhal dengan kemarahan yang memuncak.  Dia dengan suara yang tinggi mencaci dan memaki Mus’ab dan membantah dakwah Mus’ab. Mus’ab ketika itu, hanya diam dan mendengarkan kata-kata Usaid tanpa membantah, maka Usaid pun berdiri dihadapannya dan berkata "Mengapa kamu berdua datang ke kampung kami dan memperbodohi penduduk yang lemah?… Tinggalkanlah tempat ini jikalau kamu berdua tidak mau mati…" (Mus’ab ditemani oleh As’ad Bin Zurarah) lalu jawablah Mus’ab dengan tenang dan sangat berwibawa "Mengapa tidak kamu duduk sebentar dan dengar apa yang ingin kami katakan… seandainya kamu menerimanya maka ambillah… dan seandainya kamu membencinya maka akan kami cukupkan (berhentikan)…"

Usaid Bin Hudhoir bukanlah orang yang bodah, dia menyedari bahwa Mus’ab bukan memaksa tetapi hanya ingin dia mendengar kata-katanya dan seandainya dia setuju maka dia boleh menerimanya dan jika tidak Mus’ab akan meninggalkannya. Maka Usaid pun menjawab "katakanlah…"

Mus’ab mulai membaca ayat Al-Quran dan kemudian mentafsirkannya, belum terlalu lama, Usaid menghamparkan alas dan duduk dengan tenang mendengarkan setiap kalimat yang di ucap oleh Mus’ab. Belum sempat Mus’ab menyelesaikan ucapannya Usaid berkata "Betapa baik dan benar perkataan ini… apa yang harus dilakukan kalau ingin memeluk agama ini..?" Maka Mus’ab pun menjawab "Sucikan badan dan pakaian lalu mengucaplah kalimah syahadah.."

Serta-merta Usaid menghilangkan diri dan kembali dengan rambut yang masih basah lalu mengumumkan keIslamannya. Tersebarlah kabar dan datang setelah itu Sa’ad Bin Mu’adz dan Sa’ad Bin ‘Ubadah untuk memeluk Islam. Lalu penduduk Madinah saling berpandangan dan berkata "Usaid bin Hudhoir, Sa’ad Bin Muadz dan Sa’ad bin Ubadah telah memeluk Islam. Jadi apa yang nak kita tunggu lagi?"

Peristiwa Perang Uhud

            Sebelum bermula peperang Uhud Rasulullah berada di tengah-tengah barisan umat Islam memerhatikan wajah-wajah para shabat dan kemudian Baginda SAW memanggil Mus’ab Al-Khoir untuk membawa Bendera Islam.     

            Ketika Umat Islam hampir meraih kemenangan, pemanah yang berada diatas bukit turun untuk merebut harta rampasan yang menyebabkan serangan balas oleh tentera berkuda yang berakhir dengan pertempuran dahsyat.

            Mus’ab menyedari bahaya yang datang, serta-merta dia berpikir pantas bagaimana untuk melindungi Rasulullah SAW. Bendera ditangan membantu mengalihkan perhatian Tentera Kafir Quraisy dari Rasulullah SAW maka bertarunglah Mus’ab dengan satu tangan memegang bendera dan satunya lagi memegang pedang. Kemudian datanglah Qumaiah menunggang kuda lalu memotong tangan kanan Mus’ab dan bendera berpindah ke tangan kirinya sambil berkata “Wama Muhammadun illa rasulun qod kholat min qoblihir rusul”. Lalu tangan kirinya pula dipotong dan dia memeluk bendera dengan bahagian tangan yang tertinggal sambil mengucapkan ayat yang sama. Mus’ab akhirnya menyaksikan kebenaran (syahid) ketika tombak melayang menusuk badannya dan jatuhlah Bendera Islam.

            

            Khabbab Bin Aratt  berkata : “Kami berhijrah bersama Rasulullah SAW di jalan Allah SWT, kami ingin melihat wajah Allah (keredhoanNya) maka adalah balasan yang kami terima dari Allah SWT, ada diantara kami yang mendahului kami, dia tidak merasakan ganjaran dunia walaupun sedikit, diantara mereka adalah “Mus’ab Bin Umair”, syahid di peperangan uhud dan dia tidak memiliki apa pun untuk menkafani dirinya kecuali sehelai kain yang jika ditutup bahagian atasnya maka terbukalah bahagian bawahnya, dan demikian sebaliknya maka bersabdalah Rasulullah SAW “ Tutupilah bahagian kepalanya dan tutupilah bagaian bawah dengan daun ‘Izkhir’

            Rasulullah SAW kemudian membaca”Minal mu’minina rijalun shodaqu ma ‘ahadullahi ‘alaihi.” Maksudnya {Diantara orang-orang mu’min itu sebahagian yang

Pengajaran :

  1. Keimanan dan ketaqwaan yang ikhlas kepada Allah SWT adalah ni’mat yang tidak sebanding dengan dengan harta duniawi.
  2. Usia muda janganlah menghanyutkan kita dari tujuan utama hidup ini.

Referensi :

  1. Artikel, Dr Toha Husen.
  2. Rijalun Haula Rasul, Khalid Muhammad Khalid, penerbit Al-Muqattam Kaherah.

Semoga kisah ini mengingatkan kita yang masih berdarah muda, agar mampu menjalankan tangunggjawab kita sebagai seorang muslim terhadap agama. Mus’ab sebagai contoh remaja yang memilih kesengsaraan zahir yang sekejap  dan kenikmatan batin yang kekal selamanya. Apalah artinya dunia kalau nak dibandingkaan dengan akhirat kelak.

Wallahu a’ala a’alam bishowab…

Kaherah, 17 July 2006

16.46

Ketika Baginda SAW dihina

March 21st, 2006 by nie-akupunya

P1190004

KETIKA BAGINDA SAW DIHINA

            Baru-baru ini kita dikejutkan oleh tindakan biadap salah satu akhbar

Denmark

yang telah menyiarkan kartun-kartun yang menghina Baginda Muhammad SAW. Berbagai jenis bantahan yang lahir dari umat Islam setelah itu, ada yang bersifat kasar dengan membuat demonstrasi besar-besaran dan membakar bendera, ada pula yang agak lembut dengan tulisan dan wacana yang lebih memfokus kepada ishlah dari dalam diri masing-masing umat Islam. Namun, kita semua sepakat bahwa perbuatan ini telah menjadi tamparan hebat bagi umat Islam.

            Hinaan terhadap Baginda  SAW bukanlah suatu perkara yang baru di dalam sejarah Islam, bahkan Baginda SAW telah di caci-maki dengan penyair-penyair Quraisy di depan ka’bah, bahkan tidak sedikit yang menghina dengan perbuatan seperti melempar Baginda SAW dengan najis binatang, sampah sarap dan bahkan pernah ketika Baginda sujud di depan ka’bah Abu Jahal memijak kepala Baginda.

            

Bagaimanakah sikap Baginda SAW terhadap penghinaan keatasnya?

Baginda Muhammad SAW adalah contoh agung yang tiada duanya di alam ini. Beliau mempunyai kesabaran luar biasa layaknya nabi-nabi yang lain. Hal ini dapat dibuktikan ketika Ummu Jamil, isteri Abu Lahab, yang selalu membuang kotoran dan sampah di hadapan rumah Baginda SAW, pergi mencari Baginda SAW yang berada di Ka’bah bersama Abu Bakar sambil membawa sebuah batu di tangannya. Ketika dia melihat Abu Bakar As-Syiddiq dia berkata "Dimanakah temanmu (Muhammad SAW)?" Mendengar ucapan itu terperanjatlah Abu Bakar As-Syiddiq. Kerana sesungguhnya Baginda SAW sedang duduk di sebelahnya ketika itu. Lalu Ummu Jamil melantunkan sebuah syair menghina Baginda SAW. Setelah Masyarakat Quraisy mendengar syair itu, mereka mula  memanggil Baginda  SAW dengan panggilan "Muzammim" (yang dihina) dan tidak lagi memanggilNya "Muhammad" (yang dipuji). Hal itu menimbulkan kemarahan para sahabat. Namun Baginda SAW bersabda " Biarkan mereka. Sebab sebenarnya mereka itu sedang menghina seorang "Muzammim".  Sedangkan namauku adalah "Muhammad". Begitulah sikap Baginda SAW terhadap penghinaan yang baginda alami.

Kesabaran Baginda SAW juga dapat kita lihat ketika penduduk Taif melemparkan batu kepada Baginda SAW dan Zaid. Jibril menawarkan diri untuk meratakan dua gunung keatas mereka namun Baginda SAW melarang dan berkata "Semoga akan ada dari mereka yang mengucap ‘La ilaha Illallah’ ".

            

Cinta dan pembelaan para sahabat RA

Sungguh harus kita akui bahwa seandainya kita membandingkan cinta para sahabat terhadap Baginda SAW dengan cinta kita terhadap Baginda SAW maka adalah seumpama langit dan bumi. Mereka mencintai Baginda SAW lebih dari mencintai diri mereka sendiri dan ini sesungguhnya adalah kewajiban seorang muslim namun sudahkah kita mencintai baginda lebih dari mencintai diri kita sendiri?

Ketika Abu Bakar As-Syiddiq melihat ayahnya menyalami tangan Baginda SAW untuk memeluk Islam, dia menangis. Mengapa dia menangis sedangkan ayahnya, Abu Quhafah telah memeluk islam?. Ketika ditanya hal ini Abu Bakar RA menjawab "Aku inginkan kalau  yang menyalami Baginda SAW itu adalah Abu Tholib kerana Baginda SAW akan gembira dengannya." Pernahkah kita menangis kerana menyesal atas perbuatan kita yang jauh dari yang Baginda SAW inginkan. Mengangiskah kita ketika Baginda SAW dihina?

Umar Bin Khattab RA setelah ditikam oleh Abu Lu’lu’ah Al Majusi, dia berkata "Pergilah kalian bertemu dengan Aisyah Ummul Mu’minin dan mintalah izin darinya untuk menguburi diriku di sebelah Baginda SAW." Setelah mendapat izin dari Aisyah RA maka dia berkata"Alhamdulillah, Demi Allah Aku tidak pernah memberi perhatian kepada perkara apapun seperti mana perhatian yang aku berikan untuk di kuburkan berdekatan dengan Baginda SAW". ia berkata"Alhamdulillah, Demi aAinya untuk menguburi diriku di sebelah Baginda SAW.Dalam keadaan berlumuran darah dan bertarung nyawa, Umar Al-Khattab hanya memikir persemadiannya dengan kekasihnya SAW.

Mencintai Baginda SAW adalah suatu kewajipan seperti mana sabda Baginda SAW: "Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku menjadi lebih dicintai baginya dibandingkan ibu bapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya" HR Bukhari.

Dikisahkan ketika perang badar Abdul Rahman Bin ‘Auf berada di dalam barisan dan di kanan dan kirinya terdapat dua orang remaja yang Abdul Rahman sendiri meragui kedudukan mereka di dalam peperangan, mereka adalah Mu’adz dan Ma’uz yang berumur 15 dan 14 tahun, lalu salah seorang dari mereka bertanya kepada Abdul Rahman "Manakah Abu Jahal itu?" Maka Abdul Rahman menjawab "Apa yang terjadi antara kamu dan Abu Jahal?". Dia menerangkan bahwa ibunya melarang dia pulang ke rumah sebelum membunuh Abu Jahal. Kemudian seorang lagi bertanya sepertimana soalan temannya dan Abdul Rahman menjawab dengan soalan yang sama juga, lalu dia berkata"Aku telah mendengar bahwa Abu Jahal telah menghina Rasulullah SAW dan diriku tidak akan hidup dengan tenang sedang disana ada yang menghina Rasulullah SAW".  Maka Abdul Rahman menunjukkan Abu Jahal kepada mereka.

            Masih banyak lagi kisah-kisah para shahabat dalam membela Baginda SAW apalagi di dalam peperang Uhud dimana Abi Dujanah melindungi Baginda SAW dari serangan panah sehingga iya menjadi seperti landak kerana banyaknya jumlah panah yang menancap di badannya. Ummu ‘Imarah  seorang wanita yang melindungi Nabi SAW dengan pedang untuk berhadapan dengan Ibnu Qum’ah yang akhirnya jatuh bersimbah darah, kemudian anaknya berlari untuk melindungi ibunya namun sang ibu berkata " Tinggalkan aku, dibelakangmu ada Rasulullah SAW" seakan-akan dia berkata Rasulullah SAW lebih berhak mendapat perlindungan dibandingkan dirinya.

             Sekarang marilah kita bertanya pada diri kita, sejauh mana rasa cinta yang tumbuh di dalam diri kita terhadap Baginda SAW. Sudahkan cara hidup kita  hampir menyerupai  cara hidup yang Baginda SAW contohkan. Pernahkan kita mengenang akan cinta Baginda SAW terhadap kita dan membalas cintanya dengan melakukan apa yang Baginda SAW suruh dan meninggalkan apa yang Baginda SAW larang. Pernahkah kita meluangkan masa sejenak untuk mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda.

Kemarahan umat Islam yang membara sekarang ini  diharap tidak  hanya seperti pepatah "hangat-hangat tahi ayam" atau "tong kosong nyaring bunyinya". Umat Islam haruslah bertidak dengan bijaksana atau bil hikmah, teratur dan berterusan. Marilah kita buktikan kecintaan terhadap Baginda SAW dengan memarahi  dan mengishlah diri kita yang selalu alpa dan leka.

Gerakan umat Islam

            Sudah tiba masa umat Islam bangun dari tidur yang panjang. Gerakan Islam yang global dan multi dimensi haruslah cepat kita persiapkan. Gerakan ini tidak akan muncul sebelum individual muslim sejati terbentuk. Mengetahui penyakit dan mencari ubat adalah jalan keluar yang terbaik bagi saat ini.

            Dr. Muhammad Karim, pensyarah fakulti Syariah universiti Al-Azhar di dalam salah satu syarahannya pernah mengatakan bahwa umat Islam perlu menjadikan Islam sebagai sebuah agama bukan sebuah buah fikiran (fikroh). Perpecahan yang terjadi sekarang ini adalah berpunca dari perbezaan buah fikiran golongan-golongan yang ingin diiktiraf sebagai yang paling benar.

            Fanatisme perkauman dan nasionalisme juga harus dibendung sehingga kepentingan agama Islam menjadi keutamaan. Dr Tal’at Muhammad Afifi di dalam bukunya "Al-Muslimun Wa Daul Firqoh" (Umat Islam dan bahaya perpecahan) menegaskan bahwa pemimpin-pemimpin Islam haruslah mengutamakan kepentingan Islam bukan kepentingan peribadi, kaum, politik dan sebagainya.

            Setiap gerakan yang besar adalah bermula dari sebuah gerakan yang sangat kecil. Mulakanlah gerakan ini dari diri anda dengan memulainya dengan hal yang sangat kecil dan mulakanlah dari sekarang. Tidakkah kita mengharap senyum Baginda SAW melihat umatnya?

Wallahua’lam

Taqeyyabella

Kaherah, 19 March 2006

Untuk Wadah Abim Mesir

DUNIA OH DUNIA

October 30th, 2005 by nie-akupunya

Di syiria, suatu waktu dahulu ada seorang pedagang yang selalu mengikuti pengajian (ceramah) yang disampaikan seorang ulama di atas bukit. Ulama ini sangat terkenal dan juga sangat zuhud. Dia tidak mempunyai apa-apa melainkan yang ada di tubuhnya. Si Pedagang yang selalu hadir ke ceramahnya menjadi akrab dengan ulama ini. Pada suatu hari si pedagang bertemu dengan ulama tadi dan meminta izin untuk tidak mengikuti ceramahnya pada hari berikutnya kerana dia mahu bermusafir ke Baghdad untuk berdagang. Ulama itu meminta si pedagang untuk menyampaikan hajatnya iaitu menyampaikan salam kepada syaikh abdul qodir al jaelani dan meminta agar dia didoakan. Syaik abdul qodir adalah ulama yang terkenal dengan kekayaan yang dimilikinya, Beliau mempunyai istana yang besar, beratus-ratus pelayan.

ketika si pedagang itu sampai ke Baghdad dia terus mencari ulama yang di maksud oleh gurunya di syiria. Setelah bertemu dia dilayan dengan baik dan diminta menetap di istana selama beberapa hari. Pada hari pertama dia meminta izin oleh Syaikh abdul qodir untuk pergi berniaga di salah satu pasar di situ, lalu syaikh tu menyerahkan jaket bulu bintang yang termahal di baghdad yang di pakainya untuk si pedagang itu menjualnya dan mendapat keuntungan darinya.

tiba di pasar, para pembeli tertarik dengan jaket yang di bagi oleh ulama itu, dan mereka mula menawarkan harga. akhirnya jaket itu di jual dengan harga yang sangat tinggi.

pada pagi hari kedua, dia meminta izin untuk meniaga di pasar yang lain, lalu syaik abdul qodir memberi jaket yang sama seperti yang telah dia jual semalam, ketika tiba di pasar keadaan yang berlaku di situ sama dengan apa yang berlaku pada hari sebelumnya, dia mendapat keuntungan yang banyak dari jaket syaikh itu, pada hari ketiga kejadian yang sama berlaku pada si pedagang itu, dimana dia mendapat jaket yang sama dan keuntungan yang banyak sekali.

Pada pagi hari keempat dia meminta izin kepada syaikh abdul qodir untuk pulang ke siria dan sebelum berpisah dia meyampaikan salam syeikhnya dan berkata bahwa syeikhnya minta didoakan…dengan serta merta syeikh abdul qodir menadah tangan dan berdoa’ "Allah….hilangkanlah kecintaan dunia yang ada dalam dirinya.." pedagang itu terkejut, tetapi dia memilih untuk berdiam diri.

Sebelum meninggalkan istana itu dia bertanya kepada syeikh abdul qodir…apakah syeikh mempunyai kilang jaket….saya menjual jaket yang sama dari syeikh sebanyak tiga kali….lalu syeikh abdul qodir tersenyum dan berkata tidak….aku memberimu untuk menjual jaket itu kerana aku tidak cintakan jaket yang paling bagus di baghdad yang aku miliki itu….tetapi walaupun aku berusaha membuang dunia dari hidupku tetapi dunia itu yang mengejarku ….. mereka yang telah membeli jaket itu dengan harga yang mahal datang kerumah ku dan menghadiahkannya kembali kepadaku…..begitu juga dengan pelayan-pelayan ku mereka melayaniku bukan kerana aku memintanya…tetapi keinginan mereka sendiri.

Setelah mendengar itu dia sangat terkejut dan kagum…seorang ulama yang hidup dengan kesenangan dunia namun dia tidak mencintainya sedikit pun.

ketika tiba di syiria, Syeikh kepada pedagang tadi bertanya akan dia yang syeikh abdul qodir bacakan untuknya. Pedagang itu cuba mengelak namun setelah di desak lalu dia mengatakan apa yang terjadi. Mendengar berita itu ulama tadi terus menangis tersedu-sedu….Pedagang itu semakin bingung dan tidak paham apa yang terjadi lalu ditanyalah kepada syeikhnya itu akan sebab dia menangis…..

lalu syeikh itu pun berkata….aku memang miskin dan tidak memiliki apa-apa, namun setiap kali aku sembahyang aku selalu teringatkan kasut ku yang buruk yang ada diluar apakah ia akan hilang diambil orang….aku miskin tetapi kecintaan ku terhadap dunia sangat tinggi….

BEGITULAH KISAHNYA…….SEMOGA BERMANFAAT

YA ALLAH JANGANLAH KAU JADIKAN DUNIA MATLAMAT HIDUP KAMI, PERHATIAN KAMI, TUJUAN ILMU KAMI TAPI JADIKANLAH AKHIRAT SEGALANYA BAGI KAMI…..

ref: cerita ini saya dapatkan dia suatu ceramah…..saya tidak tahu akan ke-sahihan cerita ini.   

October 11th, 2005 by nie-akupunya

100_2090_1 Ni gambar yang aku ambil kat tepi rumah aku. Orang sini sebut tempat nie "Suq Sayyarat" kedai kerete, tak mcm kat Malaysia orang nak jual kete kene cari agen tak pun iklan kat paper, kat mesir nie simple jer, sape yang nak jual kete dia datanglah kat tempat nie hari jumaat atau ahad, beli tiket parking dan tunggu org yang nak beli. Orang sini terkenal malas so kalau diorang jual kete contohnya kiter bayar duit dia bagilah kunci dengan gran yang masih atas nama dia…insuren tak der….boleh tengok gambar yang lain kat photo album

Peringatan Untuk Kita

October 9th, 2005 by nie-akupunya

Alhamdulillah… pujian yang tak terhingga dipanjatkan kepada Nya yang Maha Kuasa….syukur dengan kehendakNya dipertemukan dengan Ramadhon Al Mubarak… Bulan yang awalnya Rahmat tengahnya Maghfirah dan akhirnya ‘Itqun minannar…Sangatlah rugi mereka yang apabila Ramadhon berlalu dan Dosanya tidak diampuni….wal ‘iyazubillahi….Manfaatkanlah Ramadhon Al Mubarak ini dengan sebaiknya….siapa tahu ia yang terakhir….Banyak peristiwa yang terjadi di bulan Ramadhon maka beruntunglah bagi yang mengambil pelajaran dan i’tibar serta ‘ibrah…Aku menyeru diriku dan mereka yang membaca tulisan ini untuk menyemarakkan lagi Ramadhan Al-Mubarak ini dengan panjatan doa dan usaha yang tak terhenti dan tak terputus…Moga usaha kecil ini menjadi penyebab ishlahul ummah wa ishlahul hal…cukup sudah penindasan ke atas umat ini…cukup sudah penderitaan dan keterpurukan kita…Marilah kita bergandeng bahu menyusun barisan mengatur langkah….Tidakkah kita ingin Kekasih kita…Muhammad Rasulullah SAW tersenyum melihat kita….bangga dengan usaha kecil kita….Ayuh kita mula dari yang kecil…..mula dari sekarang….dan kita mulakan sendiri dengan tangan kita…..Sempena Bulan Mubarak ini….

Kaherah,7 Ramadhan 1426H 

DARUSSALAM

September 25th, 2005 by nie-akupunya

Depanpimpinan

DARUSSALAM

KAMPUNG DAMAI

BERANI HIDUP TAK TAKUT MATI, TAKUT MATI JANGAN HIDUP, TAKUT HIDUP MATI JELAH.

MENITI JALAN MENAPAK BUMI MENGGAPAI DUNIA LILLAH

BONDO BAHU PIKIR LEK PERLU SAK NYAWANE PISAN

BERJASALAH JANGAN MINTA JASA

TERIMA KASIH….. DARUSSALAM

JASAMU KU KENANG

DARUSSALAM….I B U K U